<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/108456054453730192?origin\x3dhttp://konsepbalkanisasi.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
OBLIVIATE;
Pengemis
Tuesday, 27 November 201209:34

Pengemis 

Pada zaman globalisasi yang serba moden kini, kegiatan peminta sedekah atau umumnya di kenali sebagai pengemis semakin berleluasa dalam negara kita. Kisah pengemis yang membanjiri negara kita bukanlah kisah baru. Kini terdapat pelbagai lapisan golongan pengemis dari golongan tua sehingga ke golongan kanak-kanak. Terdapat peminta sedekah yang bertindak ekstrem sehingga mencederakan anggota badan untuk meraih simpati daripada orang ramai, selain itu mereka juga menggunakan kanak-kanak untuk meminta sedekah.  Golongan ini berada dimana-mana sahaja sama ada di medan selera bergerak dari meja ke meja atau dilampu isyarat berjalan dari kereta ke kereta. Kita juga boleh lihat sendiri di kawasan bank, kedai makanan, pasar malam, kaki lima serta di kawasan kereta api. 


Berdasarkan gambar yang di paparkan, seorang ibu yang kelihatan tidak terurus di kaki lima dalam kesibukan di tengah kota raya Kuala Lumpur meletakan anak kecilnya di atas riba untuk meraih simpati pejalan kaki. Keadaan sebegini tidak seharusnya berlaku kerana ia akan mencemarkan serta menjejaskan imej negara kita. Jika dilihat pada gambar tersebut si ibu keihatan sihat dan mampu untuk berkerja dan mencari nafkah untuk anaknya, persoalannya mengapa si ibu tersebut meminta sedekah? Adakah kerana dia malas atau susah mendapat peluang pekerjaan? Atau dia tersepit didalam sindiket meminta sedekah?

Maksud perkataan sindiket ialah sebuah persatuan atau firma untuk menjalankan urusan perniagaan tidak kiralah dari segi disisi undang-undang atau sebaliknya. Kegiatan sindiket yang semakin berleluasa dan perkara ini telah memberi impak yang sangat besar kepada negara kita. Sindiket peminta sedekah ini juga melakukan penderaan kepada mangsa mereka untuk menagih simpati orang ramai sehinggakan mereka sanggup mencederakan anggota badan seperti memotong kaki dan tangan mereka supaya orang ramai memberi sedikit wang. Terdapat juga sindiket yang menyuruh kanak-kanak meminta sedekah dengan cara menjual barang atau atas nama ingin membantu sesebuah organisasi seperti rumah anak yatim, madrasah dan sebagainya. 

Paparan di atas menunjukan pengemis berjalan dari meja ke meja untuk meminta sedekah dengan berbekalkan tabung dan memakai pas sebagai bukti organisasi mereka. Kononnya mereka dari sebuah badan organisasi yang ingin mengutip derma untuk badan tersebut. Dalam video ini terdapat juga peminta sedekah dari golongan cacat penglihatan dan berjalan bersama seorang lagi yang sihat tubuh badan lalu meminta sedekah dengan menukarkan wang tersebut dengan tisu muka. Sepanjang kami berada di restoran Pak Li yang terletak di seksyen 7 terdapat tiga kumpulan peminta sedekah yang sempat kami rakamkan.


Usaha Kerajaan Dalam Membanteras Isu Pengemis atau Peminta Sedekah. 

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama pihak polis, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan mengembleng tenaga dalam usaha untuk membanteras sindiket mengemis dan meminta sedekah di Malaysia. Pihak berkuasa seperti yang disebut sebelum ini perlu memainkan peranan mereka dan bertindak segera untuk menghentikan sindiket tersebut. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jali berkata pada 14 Disember 2009 usaha konkrit dan bersepadu daripada pihak berkuasa yang berkaitan penting untuk membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan di samping menyelamatkan mangsa.