Memori Penjara Pudu
Monday, 12 November 201208:04
Rata-rata sudah tahu penjara pudu sudah dirobohkan. belum sepenuhnya, tapi ya, hampir dirobohkan. amat memeranjatkan aku, yang tak pernah menjejakkan kaki ke dalam sana. untung bagi yang sudah melawat. setiap kali aku lalu di hadapannya, sewaktu masih megah berdiri. aku terfikir. bagaimana keadaan di dalam sana. aku ingin masuk, tapi nampaknya tiada peluang, lagi. entah kenapa dengan robohnya penjara ini, ada suatu perasaan meliar dalam hati aku. kenapa dia perlu dirobohkan?
Seratus tahun dia menyimpan seribu satu rahsia. tanpa mengenal jemu, dia menadah titisan air mata banduan. dia mendengar luahan hati seorang banduan. dia mendengar jeritan banduan semasa diseksa. dia merasa peritnya menjadi seorang banduan. dia melihat seksanya seorang banduan disebat. dia menelan banduan yang digantung hingga mati. dia meratap pemergian banduan yang mati di situ, satu demi satu.
Cuba bayangkan. banduan yang disebat bukan ala-ala rotan di sekolah. bukan menggunakan kayu atau besi untuk dirotan. bukan menggunakan rotan atau lidi yang tebal. tapi, mereka menggunakan tali khas yang berupa seperti ekor pari. yang disalut dengan duri tajam. lalu, tali itu dilibas di punggung banduan tersebut satu demi satu. tali itu hanya perlu digunakan beberapa kali sahaja. tak payah bayang. kita tak akan pernah rasa seksanya disebat dengan tali tersebut. Paling menarik yang aku suka tentang penjara ini adalah, bila melihat lukisan yang dilukis di tembok penjara tersebut. pelbagai lukisan dilukis, ikhlas. katanya, dilukis oleh seorang banduan yang menggunakan 2000 liter cat dan penyapu lidi. bayangkan, penyapu lidi. bukannya berus cat. sewaktu melukis, dia diawasi oleh pengawai polis.
Tipu, itu belum menarik. yang menarik sekali, di dinding penjara itu sendiri. di setiap sel itu, dipenuhi dengan lukisan dari hati seorang banduan. antara lukisan yang menyentuh hati aku adalah potret seorang pengantin perempuan. tersangat lawa. disebelah potret itu, diselit dengan puisi untuk memberitahu perasaan banduan tersebut. pengantin perempuan itu berkahwin dengan lelaki lain, dan banduan itu terlalu kecewa hingga membunuh pengantin lelaki tersebut. sadis kisah cinta banduan itu.
Ada satu sel itu, khas untuk banduan yang tunggu masa untuk dihukum. di dinding sel itu, dipenuhi dengan kiraan masa untuk dibebaskan. kiraan masa untuk dihukum. dan paling menyentuh perasaan, tulisan ayat-ayat Al-Quran di dinding tersebut. banduan boleh menulis ayat Al-Quran. banduan. tapi kita? jujur, aku tak boleh menulis ayat al-quran. ada sebuah kisah seorang lelaki indonesia di dalam penjara. dia selalu melukis kapal di dindingnya. tidak berhenti. apabila ditanya, kata dia, apabila kapal itu sudah siap, dia akan naik kapal itu dan pergi dari penjara tersebut. semua mengatakan dia gila, namun suatu hari dia lesap secara tiba-tiba, dan lukisan kapal itu serta hilang.
Seorang demi seorang banduan dilepaskan. melalui pintu besar itu, banduan dibebaskan. seperti dalam filem, mereka membukan pintu besar, dan banduan itu dibebaskan. aku boleh bayang bagaiman perasaan mereka apabila dibebaskan. seperti "wah, dunia luar. aku datang."







